Berita

Kenyataan Media 27 September 2021, 3.30 Petang

Gambar
Berikutan Krisis Air Berangan yang lalu, TAB Menteri Besar telah mengumumkan pemberian air secara percuma bagi penggunaan selama dua(2) bulan kepada pengguna domestik di kawasan terjejas.

Ekoran itu, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) pada hari ini akan mengumumkan pemberian air secara percuma atau pengecualian pembayaran bil kepada pengguna domestik terjejas di kawasan liputan krisis air yang melibatkan 130,000 pengguna (28,700 akaun) di Daerah Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu. Pengecualian pembayaran bil adalah bagi bulan Oktober dan November 2021 dengan anggaran kos yang sebanyak RM 1.2 juta yang melibatkan penggunaan air sebanyak 2 juta meter padu.

Pengguna disarankan untuk menggunakan air dengan cermat dan tidak membazir bagi menghargai niat baik Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat sepanjang tempoh krisis air yang lalu. Sistem Agihan Air Terawat di kawasan terbabit tidak akan terganggu.