Berita

PENJELASAN SATU BERKAITAN BIL AIR TINGGI BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Penggunaan air sememangnya tinggi di sepanjang tempoh PKP disebabkan oleh :-

1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menetapkan semua penduduk berada di rumah sepanjang masa di mana semua sekolah,
asrama dan premis perniagaan di tutup serta premis kerajaan beroperasi secara minima menyebabkan pengunaan air lebih tinggi
kerana pengunaan secara total tertumpu kepada premis kediaman sahaja.

2. Tambahan pula SOP daripada KKM menasihatkan penduduk supaya lebih kerap menjaga kebersihan diri dan tangan juga adalah faktor
tambahan kepada pengunaan air yang tinggi di premis kediaman.

3. Untuk bil air, pengguna akan melihat penggunaan air lebih tinggi disebabkan oleh caj yang dikenakan adalah bagi tempoh penggunaan
air untuk dua (2) bulan iaitu bulan Mac hingga Mei. Walaupun dicaj bagi tempoh penggunaan dua (2) bulan, Sistem mengambil kira secara
purata untuk tempoh satu bulan dan pengiraan ini lebih menguntungkan
pengguna.

4. Caj IWK pula diletakkan secara berasingan di dalam bil yang sama. Ada dua (2) kategori Domestik iaitu :-
i- RM 2.00/sebulan
ii-RM 8.00/sebulan

Sebarang pertanyaan berkaitan bil air SATU, pengguna boleh menghubungi talian 1-300-882-111 atau 15511 atau datang ke kaunter perkhidmatan SATU di daerah masing-masing

DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN.BHD
TARIKH :19 HB MEI 2020